Anak kepada penyanyi veteran Datuk Nd Lala, Syada Amzah berkongsi rasa sedih kerana sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza tanpa kehadiran bapa.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Nafi Ibu Failkan Perceraian
Artikel Berkaitan: ‘Sering Tidur Di Rumah & Lebih Rapat Dengan Mak’ – Shila Amzah Nafi Siti Munirah Rakan Baik
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Ada Foto Ayah Bermula Hari Ini, Ayah Pilih Untuk Tinggalkan Kami Lagi’- Surat Terbuka Syada Buat ND Lala
Hari Raya tahun ini berbeza
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syada meluahkan rasa sayu kerana tidak dapat beraya dengan sebuah keluarga yang lengkap seperti orang lain.
Dari Hari Raya pertama, saya raya rendah diri tengok orang lain ada keluarga yang lengkap, berpasangan (sudah semestinya saya tumpang gembira untuk mereka).
Bagaimanapun, pada raya keempat akhirnya dia dan adik-beradik dapat berkumpul dan beraya bersama.
Semalam saya rasa sebak betul. Akhirnya dapat sambut raya dengan adik-beradik lengkap.
Jangan salah anggap, beraya berdua dengan mak pun seronok. Dia layankan sahaja saya beraya, tema warna tahun ini saya yang pilih dan dia ikut sahaja apa yang saya nak makan.
Sebak tengok ibu
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah ini sebak melihat keadaan ibunya yang menyambut Aidilfitri tahun ini dalam keadaan tidak sempurna.
Tapi saya kesian tengok dia sebab sambil beraya dia lihat orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Remuk hati saya.
Saya perlu menjaganya dari dengar lagu raya yang sedih. Sebelum mak menangis saya dah menangis dahulu.
Walaupun beraya dengan penuh kesedihan, namun penyanyi berusia 25 tahun ini berterima kasih kepada keluarga ibunya yang sudi menziarahi keluarga mereka.
Mak yatim piatu, jika datuk dan nenek masih ada mesti dia gembira. Semalam adik beradik perempuan mak datang ziarah.
Terima kasih Mak Ngah dan Mak Lang sudi datang. Cucu saudara pun penuh satu rumah. Saya sengaja buat mak sibuk, balik ke rumah kami terus ‘K.O’.
Tular baru-baru ini, kelibat penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala di dalam sebuah video yang memaparkan suasana sambutan Hari Raya, dipercayai di rumah keluarga pelakon Kazar Saisi.
Sebelum ini, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang dipercayai ‘penyondol’ di dalam perkahwinannya.
Rentetan itu, dia ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada awal bulan lalu dipercayai untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya. Walau bagaimanapun, Syada menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Instagram