berita

Neelofa Beli Fesyen Baju ‘Sotong’ Lebih RM10,000

March 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

nasib

Mungkin dek kerana tidak tahan dengan kritikan segelintir pihak berhubung fesyen baju Neelofa yang dikatakan seperti sotong, pereka fesyen Fiziwoo tampil beri penjelasan.

Artikel Berkaitan : Neelofa Melenting Fesyen Baju Ditegur Macam Sotong

Menurut Fiziwoo, busana berkenaaan diinspirasikan daripada bunga ros dengan beberapa lapisan bersesuaian dengan konsep wanita bertudung , bukannya sotong.

Bukan Sponsor, Neelofa Bayar

nee

Tambah Fiziwoo, fesyen yang dihasilkan olehnya bersesuaian dengan dengan imej Neelofa yang bertudung kerana menutup dada dan tidak ketat. Neelofa juga dikatakan sanggup membayar lebih RM 10,000 bagi mendapatkan fesyen baju terbaik daripadanya.

Kita ambil inspirasi bunga ros dan bahan daripada kain Crenoline yang biasa digunakan oleh jenama terkenal Vera Wang dan Elie Saab International. Lapisan-lapisan itu adalah bersesuaian dengan Neelofa yang bertudung kerana ia menutup dada dan tidak ketat.

Baju itu bukan kami sponser sebaliknya Neelofa bayar untuk kami hasilkan yang terbaik buatnya.

Butik kami juga tidak pernah memberi tajaan kepada mana-mana artis untuk tujuan promosi. Ramai artis yang menggunakan khidmat kami adalah berbayar.

Tidak Tahu Fesyen!

sot

Fiziwoo juga menganggap mereka yang mengkritik fesyen baju digayakan oleh Neelofa sebagai buta fesyen, hanya pandai kritik semata-mata.

Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.

Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu.

Dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa.

Tegur Cara Baik

GUNA1

Terbaru, Neelofa turut tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut sambil menganggap teguran yang dilakukan oleh rakannya di media sosial sebagai keterlaluan.

Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah, kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di sosial media, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan?

Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu, saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya.

Kalau dia tegur dengan baik, tak ada sebab saya nak bertindak begitu. Kalau orang yang saya tak kenal hentam di sosial media saya tidak kisah pun.

Kredit Berita : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×