Pengacara popular, Neelofa tidak melatah dalam menjawab pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan tindakan selebriti sensasi itu yang kerap kali membuat siaran langsung di Tiktok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tengok Bentuk Badan, Pakai Dress Ikat Belakang’ – Mata Tajam Peminat Dakwa Neelofa Hamil Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haris Banyak Sedarkan Saya Tentang Kesyukuran & Keberkatan’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Abah Bilal Bulat?’ – Netizen Punca Neelofa Kena “Marah” Dengan PU Riz
Tak ada kerja ke?
Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Neelofa geli hati dengan dakwaan dia sudah tidak menerima tawaran kerja.
Kekal tenang melayan, Neelofa, 33, menyatakan dia yang memilih untuk tidak menerima banyak tawaran kerja.
Katanya, dia perlu memberi tumpuan terhadap tanggungjawab sebagai isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail dan ibu kepada Muhammad Bilal.
Saya memilih untuk tidak melakukan banyak kerja sebab itulah pilihan saya. Sekali setahun cukuplah buat Next To Neelofa. Kalau tiap-tiap minggu saya keluar televisyen tak terbuatlah kerja saya sebagai seorang ibu dan seorang isteri.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akui gembira dengan keputusan tersebut dan berharap semuanya akan dipermudahkan.
@lofa.world paham sisturrr? ? #Neelofa #fyp? #FYP #InnaiNunha
Sumber: Tiktok @lofa.world