berita

Neelofa Jadi Tempat Puteri Sarah Minta Nasihat, Puji Masih Jaga Aib Suami – ‘Terlalu Teruk Pihak Ketiga Punya Buli ..’

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam’ – Puteri Sarah Saman Pihak Ketiga

Artikel Berkaitan: Pihak Ketiga Dakwa Balik Dari Umrah Nak Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri

Buli dari pihak ketiga

Tindakan undang-undang yang diambil selepas empat tahun ini mendapat respon daripada rakan artis dan wargamaya yang sepenuhnya menyokong.

Pelakon dan pengacara Noor Neelofa antara yang meninggalkan komen di hantaran Instagram (IG) Puteri Sarah. Menurut Neelofa, dia mengetahui kehadiran ‘penyondol’ sudah lama tetapi terpaksa dirahsiakan.

Kata usahawan berumur 33 tahun ini, dia hilang kata kerana perbuatan orang ketiga itu sangat keterlaluan.

Kita borak banyak pasal ini, sampai at what point saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak (Puteri Sarah).

Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.

Masih jaga rumah tangga

Tambah pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia menyifatkan Puteri Sarah seorang wanita yang sangat kuat dan tinggi tahap kesabaran kerana masih menjaga aib suaminya.

Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang saya amat terkesan, meskipun apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga, jaga aib suami, banyak mengalah..

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti PU Riz ini mendoakan agar segala kesakitan yang ditanggung digantikan dengan kebahagiaan yang kekal hingga akhir hayat.

Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan , setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

SKIP THIS AD ×