berita

Neil Patrick Harris Half-Naked Di Anugerah Oscar Ke-87

February 23rd, 2015 | by Wan
Hollywood

use1

Sekarang sedang berlangsung Anugerah Oscar ke-87 di di Beverly Hills, Los Angeles. Anugerah yang menghargai kecemerlangan dalam banyak aspek pembikinan filem seperti lakonan, pengarahan dan lakon layar kali ini menampilkan pelakon Neil Patrick Harris sebagai pengacara.

Namun apa yang menarik perhatian penonton ialah penampilan bersahaja Neil yang muncul separa bogel.

#OscarsSoWhite

neil2

Sebelum berlangsungnya anugerah tersebut, ramai pihak mempersoalkan senarai pencalonan yang dikatakan agak berat sebelah dan racist. Malah ada aktivis yang tampil dengan hashtag #OscarsSoWhite.

Peka dengan kontroversi tersebut, Neil bertindak naik ke atas pentas dengan hanya memakai boxer. Kami pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh pelakon tersebut. Iyalah dia kan kulit putih

Malah ucapannya di awal acara tersebut turut memerli pihak yang mendakwa Oscar untuk mereka yang berkulit putih.

Welcome to the 87th Oscars. Tonight, we honor Hollywood’s best and whitest. Sorry, brightest.

Oscar VS AME?

faz

Anugerah Oscar ke-87 yang bersiaran secara langsung di saluran HBO turut ditonton oleh peminatnya di Malaysia termasuk pelakon, Nur Fazura. Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah tweet Fazura yang seolah membandingkan Anugerah Oscar dengan Anugerah Meletop Era yang berlangsung semalam.

tw1 tw2

Berdasarkan pemerhatian kami, pengikut Fazura di Twitter mula memperkatakan dan membandingkan diantara Anugerah Oscar dan AME. Hurm Fazura menang kan semalam? Dia datang tak?

clown

masa

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×