Di Uttar Pradesh, India seorang warga emas buat pertama kalinya pergi ke sekolah untuk belajar membaca dan mengira.
Artikel Berkaitan: Gagal Jawab Soalan Matematik, Pelajar Perempuan Maut Didenda Cikgu
Belajar mengira dan membaca
Memetik laporan New Strait Times, warga emas yang dikenali sebagai Salima Khan telah memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.
Menurut Salima, dia telah berkahwin pada usianya 14 tahun dan mempunyai impian untuk mahir dalam membaca dan mengira. Namun dia tercicir dalam pelajaran kerana ketika usianya remaja di kawasan kampung yang ditinggal masih belum mempunyai sekolah yang dibuka serta tiada tenaga pengajar.
Walau bagaimanapun, dia berpeluang mengikuti sesi persekolahan pada usia 92 tahun bersama rakan sekelas yang lapan dekad lebih muda daripadanya.
Oleh kerana saya tidak dapat mengira wang kertas, cucu selalu mengambil kesempatan dengan meminta wang saku lebih.
Tetapi hari-hari itu sudah berlalu.
Pada awalnya, guru besar sekolah Pratibha Sharma teraga-agak untuk mengambil Salma sebagai murid, tetapi tewas dengan semangat dalam diri pelajarnya itu.
Kami tidak sampai hati untuk menolaknya.
Sejak Salima bersekolah, 25 wanita dari kampungnya juga telah memulakan kelas celik huruf, termasuk dua menantu perempuannya.
Sumber: New Strait Times