Kisah konflik keluarga antara anak-anak kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala ketika ini menjadi topik hangat di setiap platform media sosial.
Terbaharu, terdapat segelintir warganet tampil menyokong kenyataan dan tindakan penyanyi, Shila Amzah yang dilihat telah banyak berkorban untuk keluarga.
Artikel Berkaitan: Netizen Desak Syada Amzah Cari Kerja & Berhenti Canang Aib Keluarga – ‘Dah La Kakak Tanggung, Banyak Bunyi Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Shila Amzah Nafi ‘Biawak Hidup’, Bekerja Dalam Industri Seni Juga – ‘Nak Pergi China Nanti’
Pendapat netizen
Menerusi ciapan di platform X, seorang individu menyuarakan pandangannya terhadap kemelut keluarga selebriti tersebut.
Dia meluahkan rasa kecewa setelah menonton video Shila yang tampil memperjelaskan situasi sebenar berhubung isu rumah yang didiami keluarganya.
Shila mula aktif sebagai penyanyi sejak berumur sembilan tahun lagi. Dia sekarang dah berusia 33 tahun. Selama hampir 20 tahun, hasil pendapatan Shila juga diuruskan oleh ibu bapanya, sampaikan mak Shila sendiri pernah cakap ND Lala hanya goyang kaki makan hasil anak. Lihat apa jadi sekarang. Saya tak salahkan dia.
Kesannya tidak dirasai sekarang kerana anak-anak kamu masih kecil dan masih duduk sebumbung dengan mu tetapi ibarat barah, ia akan perlahan-lahan membunuh institusi kekeluargaanmu 20 ke 30 tahun akan datang. Sama seperti apa yang berlaku kepada Shila Amzah sekarang.
Dalam pada itu, dia turut menegur sikap adik beradik pelantun lagu Masih Ku Cinta tersebut dengan mendakwa mereka seharusnya perlu ada sikap bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
Maaf cakap, Shila Amzah ni bukan setakat tulang belakang tapi dah jadi tiang seri konkrit famili dia.
Adik beradik bukannya budak-budak lagi, takkan semua tanggungjawab masih diletakkan di atas batu jemala kak long? Tak malu ke?
Menjegah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan turut bersimpati terhadap Shila di atas ujian yang sedang dihadapinya.
Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.
Susulan itu, Syada memaklumkan bahawa dia sedang mencari rumah sewa untuk keluarganya.
Tidak berdiam diri, Shila kemudian tampil mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa pelantun lagu Patah Seribu itu bertindak sedemikian kerana wang.
Sumber: Platform X