berita

Netizen Bongkar Abang Tesla Kenal Isteri Pertama Dah 13 Tahun – ‘Bercinta Dari Zaman Sekolah’

August 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

abang tesla 13 tahun

Nama pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla dikecam hebat oleh warganet selepas tindakannya berkahwin kali kedua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

Artikel Berkaitan: ‘Poligami Adalah Sesuatu Yang Allah Beri Untuk Perbetulkan Kesilapan’ – Netizen Migrain Baca Kenyataan Abang Tesla

13 tahun tempoh perkenalan

abang tesla isteri 3

Terbaru, di TikTok, tular beberapa keping foto Abang Tesla dan isteri pertama, Nurmajdina Jamari sejak awal perkenalan iaitu bermula pada tahun 2010.

Berdasarkan hantaran itu, Abang Tesla dan isteri didakwa sudah bersama selama 13 tahun memandangkan mereka bercinta sejak zaman sekolah menengah lagi.

Pada tahun 2018, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry berkahwin dengan Nurmajdina. Dua tahun kemudian, mereka berjaya membeli sebuah rumah.

Di pengakhiran foto tersebut, terselit momen Abang Tesla berkahwin dengan isteri kedua, baru-baru ini.

Berjuang dari zero to hero

Abang Tesla isteri

Abang Tesla isteri 2

Menjengah di ruangan komen, netizen sedih melihat pengorbanan dan kesetiaan Nurmajdina selama 13 tahun dibalas dengan bermadu.

Dalam pada itu, wargamaya turut mendoakan agar Abang Tesla mampu berlaku adil terhadap kedua-dua isteri.

Sebelum ini, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.

Menurut Abang Tesla, isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×