berita

Netizen Dakwa Ira Kazar ‘Join’ Instagram Live, Puteri Sarah Bagi Respon – ‘Nak Stalk I Ke?’

June 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem Syamsul Yusof masih menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Pihak Ketiga Dakwa Balik Dari Umrah Nak Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri

Artikel Berkaitan: Syamsul Tak Muncul Di Tayangan Filem Mat Kilau, Yusof Haslam Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!’ – Isteri Yusof Haslam

Kecoh masa ‘live’

Terbaru, ‘Instagram Live’ Puteri Sarah tetiba menjadi kecoh selepas netizen mendakwa anak kepada pelakon veteran Kazar Suisi, Ira turut sama sertai pada malam Jumaat.

Ketika itu, aktres berumur 37 tahun sedang berkongsi keadaan kesihatan anak lelakinya, Syaikhul Islam, 5, yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan disebabkan mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak.

Hasil pemerhatian OhBulan!, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran Ira.

Ira Kazar masuk live.

Weh betul ke Ira Kazar masuk live?

Ira Kazar menyibuk masuk live.

Namun, selang beberapa minit, pengikut pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu Ira sudah ‘left.’

Bagi reaksi

 

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu juga memberi respon selepas membaca komen-komen yang ditulis.

Nak stalk I ke? Nak stalk I ke? I busy.

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

SKIP THIS AD ×