Susulan kemelut di antara penyanyi, Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman serta dua adik-beradik iaitu Amir Syafiq dan Syada Amzah, nama Datuk ND Lala diseru warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kakak Meninggal, Barulah Rumah Itu Jadi Pusaka’
Artikel Berkaitan: ‘Mak Nak Landed Rumah Sebab Ada 50 Ekor Kucing’ – Amir Syafiq Perjelas Kenapa Tak Nak Kondominium
Cuba bagi penjelasan isu rumah
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, akaun Instagram (IG) ND Lala telah diserang netizen yang menggesa penyanyi popular era 1980-an untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Pengguna media sosial memohon agar pemilik nama Amir Amzah Salleh memberi penjelasan dan mencari jalan penyelesaian tentang rumah banglo di Hulu Langat, Selangor.
Selain itu, wargamaya turut berharap agar ND Lala tampil membantu anak sulungnya, Shila yang terus menerus diserang ahli keluarganya.
Sukan bola sepak diutamakan
Bagaimanapun, ND Lala dilihat memberi respon namun tidak berkait rapat dengan perbalahan Shila dengan bekas isteri dan anak-anak. Sebaliknya, pelakon berumur 62 tahun itu menekankan hantaran yang dimuat naiknya mengenai bola sepak.
ND Lala juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya orang melayu.
Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak.
Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas Shila mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: Instagram