Sejak akhir-akhir ini, nama pengarah filem Syamsul Yusof menjadi sebutan ramai di media sosial selepas terpalit dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: Syamsul Tak Muncul Di Tayangan Filem Mat Kilau, Yusof Haslam Kunci Mulut
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu Itu!’ – Isteri Yusof Haslam
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Tunang?
Ada yang iri hati
Terbaru, Syamsul mendedahkan di Instagram Stories ada segelintir pihak yang ingin memboikot dirinya dan karya seni gara-gara konflik panas itu.
Namun, kata pelakon berumur 38 tahun ini, dia menyerahkan urusan rezeki kepada Allah SWT.
Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot karya saya, ‘Lets cancel Syamsul Yusof dan iri dengan kejayaan dari Allah.’
Namun mereka lupa..mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu Yang Satu ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha.
Pengkarya Malaysia mampu!
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berasa lega apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencatatkan penjualan tiket ‘full house’ sejak ditayangkan di panggung semalam (Khamis).
Biarpun di sebalik kemelut yang muncul, sambutan yang diterima daripada penonton sangat luar biasa.
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.
Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm