berita

Netizen Puji Kesungguhan Gadis Cantik Yang Viral Jual Sandwic di Jalanan Ini

October 12th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Nak mencari rezeki itu ada banyak kaedahnya. Bagi gadis ini, menjual sarapan di jalanan yang sibuk dengan kenderaan adalah caranya untuk mencari rezeki yang halal.

Sopan berpakaian sambil mengenakan apron, gadis itu dikesan oleh pengguna Facebook, Shamsul Abas di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana – Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.

Tegar menjual sandwic

Menurut Shamsul, ketika kenderaan berhenti di persimpangan tersebut, gadis itu akan mula berjalan dari satu kereta ke satu kereta, menjual sandwic yang diangkatnya di atas dulang berhias yang diperbuat daripada buluh.

Apa yang biasanya dilakukan oleh lelaki kini dapat dihayati menerusi keberanian dan kesungguhan gadis tersebut. Posting yang dikategorikan Shamsul sebagai ‘kisah motivasi’ itu mula mendapat perhatian netizen yang rata-rata memujinya.

Meniaga di jalanan

Dipuji netizen

Ada juga yang memuji sandwic yang dijualnya. Menerusi seorang pelanggan yang ditemu ramah mStar,  Zariena Kusnin berkata dia berpuas hati dengan sandwicnya kerana intinya yang penuh. Menurutnya lagi, gadis itu menjual beberapa jenis sandwic seperti sandwic tuna, sardin dan telur.

Haa, kalau korang lapar masa tengah tunggu trafik tu, boleh la beli sandwic dari dia.

Sumber: Shamsul Abas , mStar

SKIP THIS AD ×