berita

Netizen Salah Teka, Emma Maembong Dedah Hamil Anak Lelaki

March 22nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Emma Maembong dan suami mendedahkan jantina anak kedua mereka dalam satu majlis ‘gender reveal’ dan ‘baby shower’ yang diadakan di Ampang Glasshouse semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: Netizen Teka Emma Maembong Hamil Baby Girl?

Artikel Berkaitan: ‘Saya Berpakaian Sopan Pun Tetap Kena Kecam’ – Emma Maembong

It’s baby boy

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @emmashazli, majlis yang disambut bersama keluarga dan sahabat terdekat itu dilihat amat meriah apabila pasangan ini mengumumkan bakal menimang bayi lelaki yang kedua tidak lama lagi.

Another Arshan is coming!

Hal ini sekali gus menjawab persoalan dan teka-teki netizen yang sebelum ini mendakwa Emma hamil bayi perempuan. Dalam masa sama, pelakon berusia 30 tahun ini menerima pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada kenalan di Insta Storiesnya.

Terdahulu, Emma berkongsi beberapa foto ‘maternity shoot’ yang dilakukan bersama suami serta menerima pelbagai komen daripada warganet yang meneka jantina anak kedua aktres berdarah Melayu-Scotland ini.

Video

@emmashazli

Another Arshan is cominggg! ?

? original sound – Little Shariq Arshan Gabriel – Little Shariq Arshan Gabriel

Sumber: @emmashazli & emma_maembongofficial

SKIP THIS AD ×