Umum mengetahui, arwah penyanyi Bad Indigo sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas bercerai dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, pada tahun lalu.
Artikel berkaitan: 6 Bulan Menduda, Bad Indigo Bahagia Dah Jumpa Pengganti – ‘Saya Tidak Akan Kongsi Gambar Kecuali..’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Sayang Tak Payah Tunjuk, Kahwin Terus’ – Netizen Dakwa Bad Indigo ‘Ilusi’ Soal Jodoh, Siap Tanya Mana Selfie Bersama?
Artikel berkaitan: Kerap Muat Naik Foto Seorang Wanita Di IG, Netizen Suruh Bad Indigo Cepat Kahwin Jangan ‘Syok Sendiri’
Terbaru, segelintir peminat meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat melihat arwah naik pelamin dengan wanita pilihan hatinya.
Sedih sungguh
Menurut netizen, mereka berasa sedih kerana hajat arwah untuk berkahwin semula tidak kesampaian. Bukan itu sahaja, arwah dipercayai mempunyai niat untuk mengeluarkan single terbaru.
Jelas netizen, semua perancangan arwah tidak dapat diteruskan dek kerana Allah lebih menyayanginya.
Di samping itu, netizen turut berkongsi mengenai kebaikan arwah di media sosial. Ujar netizen, arwah antara artis yang rajin membalas komen para peminat dan tidak sombong. Selain itu, arwah suka menjadi dirinya sendiri dan mempunyai aura positif yang sangat baik.
Sumber: Bad Indigo