berita

Kerap Muat Naik Foto Seorang Wanita Di IG, Netizen Suruh Bad Indigo Cepat Kahwin Jangan ‘Syok Sendiri’

July 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Bad Indigo sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas bercerai dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, pada tahun lalu.

Artikel berkaitan: 6 Bulan Menduda, Bad Indigo Bahagia Dah Jumpa Pengganti – ‘Saya Tidak Akan Kongsi Gambar Kecuali..’

Artikel berkaitan: ‘Kalau Sayang Tak Payah Tunjuk, Kahwin Terus’ – Netizen Dakwa Bad Indigo ‘Ilusi’ Soal Jodoh, Siap Tanya Mana Selfie Bersama?

Terbaru, Bad dilihat kerap kali memuat naik foto seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya di akaun Instagram. Lebih mencuri tumpuan, netizen mula menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh manakah hubungan Bad dengan wanita tersebut.

Betul ke ni abang?

Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang for me to fall in love with u. You’re beautiful inside out. You’re amazing. Semoga kita kekal ke Jannah. Aamin Aamin YRA.

Menurut Bad, Allah memberi peluang buat dirinya untuk jatuh cinta semula. Tambah Bad, wanita yang sedang dikenalinya itu sangat cantik dari segi luaran mahupun dalaman. Sebagai seorang lelaki, Bad berharap cinta mereka akan kekal sampai bila-bila.

Namun begitu, rata-rata netizen mendakwa Bad ‘pelik’ sejak belakangan ini. Menurut netizen, mereka tidak pernah melihat Bad memuat naik foto bersama wanita tersebut di media sosial. Di samping itu, netizen memberi teguran kepada Bad agar tidak menunjuk-nunjuk rasa kasih sayangnya terhadap wanita itu kepada umum. Tambah netizen, alangkah baiknya Bad mengahwini wanita itu secepat yang mungkin daripada meluahkan rasa sayang dengan cara sebegitu.

Sumber: Bad Indigo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×