Pelakon Nabil Aqil mendedahkan dia ada menyimpan hasrat untuk melakonkan watak sebagai seorang ‘gay’ atau lelaki yang suka kaum sejenis dalam mana-mana naskhah.
Artikel Berkaitan: ‘Satu Bilik Bau Busuk. Alat Kelamin Bengkak, Mengelupas & Nanah’ – Doktor Terkejut Pesakit Bawa 30 Pasangan S*ks ‘Check’ Darah
Artikel Berkaitan: Nak ‘Anu’ Besar Macam BF, Lelaki Maut Selepas Suntik Zakar Dengan Minyak Silikon
Idam watak gay
Menerusi sepotong video di TikTok, Nabil atau nama sebenarnya Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin berkata, dia ingin mencabar dirinya dengan membawakan watak berkenaan serta ingin keluar dari zon selesanya.
Malah, Nabil akui dia yakin mampu menjayakan watak itu disebabkan sudah mengkaji cara percakapan dan cara jalan golongan tersebut memandangkan ramai orang di sekelilingnya bersifat sedemikian.
Saya ada beberapa watak yang saya teringin nak cuba sekali. Pertama sekali watak seorang yang depres (kemurungan), kedua ‘gay boy’, seorang gay dan yang ketiga, gangster.
Kenapa gay boy? Sebab saya yakin yang saya boleh bawa watak itu sebab sekeliling saya pun dah ramai orang macam itu. Jadi, saya dah adapt, observe dia punya cara percakapan, cara jalan.
Jadi, saya rasa saya boleh buat watak itu. Kepada penerbit di luar sana, jangan takut nak ambil saya untuk watak gay boy.
Saya tak tahu nak cakap takut ke tak dengan kecaman tapi saya okay je kot. Sebab saya memang nak bawa watak yang berlainan, yang kontra dia kaw-kaw.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2017 itu berkata dia sentiasa terbuka dengan komen yang diberikan netizen sama ada positif ataupun negatif.
Jelasnya lagi, dengan komen yang diberikan, dia mampu memperbaiki dirinya ke arah lebih baik.
Bagi saya, komen-komen itu adalah komen yang ikhlas kot daripada orang. Kalau dia bagi komen yang buruk pun saya terima, baik pun saya terima. Itu semua atas nak saya ubah diri, memperbaiki diri.
Terima kasih juga sebab bagi komen-komen macam itu. Kalau tak ada komen itu, mungkin tak tahu apa silap saya. Inilah kelemahan yang saya kena betulkan. Komenlah lagi.
Video
@maskulinmy Pelakon meningkat naik, Nabil Aqil ingin mencabar dirinya melakonkan watak-watak ‘panas’ seperti gengster dan juga lelaki ‘cinta sejenis’. Mungkin cabarannya lebih unik dan berbeza. All the best Nabil! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #foryoupage #nabilaqil #artismalaysia #artis #maskulinmen #maskulingayahidup ? original sound – Maskulin
Sumber: TikTok