berita

Netizen Teruja Nampak ‘Baby Bump’, Remy Ishak & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata?

March 6th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penampilan terkini isteri kepada pelakon terkenal Remy Ishak, iaitu Ezza Yusof mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila kelihatan seperti sedang hamil.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Nafi Isteri Sedang Hamil, Mohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakan Menari Bersama, Netizen ‘Panic Attack’ Tengok Aksi Maya Karin – Remy Ishak

Hamil?

Difahamkan, khabar angin berkenaan muncul selepas wanita berusia 40 tahun itu memuat naik beberapa gambar dan video yang menampakkan ‘baby bump’ yang agak ketara di laman media sosialnya.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen pada video berkenaan juga dibanjiri ucapan dan persoalan tentang kehamilan isteri kepada hero malaya ini. Malah, para peminat turut mendoakan agar khabar angin ini adalah benar selain tidak sabar untuk melihat cahaya mata daripada pasangan ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Sumber: Ezza Yusof

SKIP THIS AD ×