Umum mengetahui, pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif, 28, selamat mendirikan rumah tangga dengan influencer, Azwan Aziz, Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Hajar Hanif Temui Cinta Sejati, Kini Bergelar Isteri Kepada Azwan Aziz
Artikel Berkaitan: Influencer, Hajar Hanif Cerai Talak Satu Dengan Mikhail Issaq – ‘Doakan Saya Jumpa Jodoh Bertanggungjawab Dalam Semua Segi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Dicerai Talak Tiga, Lafaz Taklik Jatuh Masa Suami ‘Main Kayu Tiga’? – ‘You Lempang, Cekik Masa I Mengandung’
Terbaru, Hajar dilihat memuat naik beberapa foto keluar bersama suami tercinta selepas sah menjadi suami isteri.
New chapter
Menurut Hajar, sementara menunggu foto nikah dan majlis bersanding, dia memuat naik foto keluar bersama suami dahulu. Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, pasangan ini dilihat sangat gembira apabila bersama. Hajar sempat menulis kapsyen ‘new chapter, no more our past’ di posting berkenaan.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, rata-rata warganet mendoakan pasangan ini kekal bahagia buat selama-lamanya. Netizen turut mengingatkan Azwan agar tidak menyakiti hati dan perasaan Hajar.
Tambah netizen, ibu kepada dua orang cahaya mata itu layak untuk menerima kebahagiaan selepas apa yang berlaku sebelum ini.
Imbas kembali, Hajar pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh bernama Mikhail Issaq, pada Januari 2017, namun disahkan bercerai talak satu pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Darwish, 5, dan Mikhail Darris, setahun.
Sumber: Hajar