berita

Ngeri! Abang ‘Selamba’ Bawa Kepala Adik, Dipenggal Kerana Nikah Tanpa Restu

July 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penggal Kepala Adik

Foto: DailyMail

Seorang lelaki bertindak memenggal kepala adiknya gara-gara tidak merestui perkahwinan gadis berusia 18 tahun itu.

Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Ditemui Di Bilik Hotel Dalam Keadaan Telanjang & Kepala Dipenggal

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Tak restu perkahwinan adik

Penggal Kepala Adik

Foto: DailyMail

Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu menyaksikan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Riyaz sedang berjalan menuju ke balai polis sambil membawa sebuah beg berisi kepala adiknya yang dipenggal.

Penduduk setempat yang melihat Riyaz membawa beg berlumuran darah itu bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Mangsa iaitu Aashifa sebelum itu nekad melarikan diri untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, Chad Babu.

Pada 20 Julai, Aashifa menjelaskan kepada keluarganya bahawa dia ingin berkahwin dengan pilihan hatinya namun tetap ditentang oleh mereka. Riyaz kemudian bertindak ganas dengan membunuh dan memenggal kepala adiknya.

Pegawai polis Barabanki, Ashutosh Mishra mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam keadaan marah Riyaz mengambil senjata tajam dan memenggal kepala adiknya sebelum memasukkan kepalanya ke dalam beg dan pergi ke balai polis.

Dalam pada itu, pembunuhan kejam berkenaan telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara tersebut berikutan sikap melampau golongan lelaki terhadap kaum wanita.

Sumber: DailyMail

SKIP THIS AD ×