berita

Nicole Scherzinger Dan Chris Brown Bercium?

September 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebagaimana yang anda tahu, Nicole Scherzinger merupakan kekasih kepada pelumba kereta terkenal iaitu Lewis Hamilton.

Namun baru-baru ini, terdapat khabar angin mengatakan dimana Chris Brown dan  Nicole Scherzinger bercium antara satu sama lain selepas berbual di kelab malam.

Chris Brown tampil di Supperclub, Hollywood bersama-sama rakan baiknya Sean Kingston untuk menjadi tuan rumah sebuah parti yang dianjurkan.

Namun, terdapat sumber lain yang menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa Chris Brown dan Nicole Scherzinger tidak mungkin akan bercium.

Ini kerana mereka merupakan rakan lama yang telah bertahun-tahun menceburi bidang muzik dan berkemungkinan mereka tampak rapat tatkala bercakap kerana muzik di dalam Supperclub tersebut amat kuat. Turut hadir rakan seperjuangannya Will.i.am.

Antara gambar-gambar Nicole Scherzinger dan rakan-rakannya :

SKIP THIS AD ×