berita

Ning Baizura Dan Mizz Nina Jawab Isu Konsert Tajaan Minuman Keras

September 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sejak hari Isnin lalu, dunia hiburan tempatan hangat dengan isu berkaitan Mizz Nina dan Ning Baizura yang dikatakan bakal menjayakan sebuah konsert tajaan minuman keras yang diberi nama “Souled Out Guinness Arthur’s Day” yang akan berlangsung pada 28 September ini.

Namun begitu, menurut laporan Malaysian Digest hari ini, pihak pengurus Ning Baizura telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagi menyangkal dakwaan tersebut. Menerusi kenyataan tersebut, Ning Baizura dengan dukacitanya telah mendapati gambarnya telah digunakan tanpa persetujuan dirinya sendiri di dalam sebuah poster bagi persembahan acara Guinness Arthur’s Day yang akan berlangsung pada bulan September nanti di Souled Out, Mont Kiara.

Selain itu, Ning Baizura turut menyatakan secara spesifik, yang dirinya langsung tidak terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day”, akan tetapi dirinya hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Couled Out untuk membuat persembahan pada 28 September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Pengurus Ning turut menegaskan bahawa Ning langsung tiada sebarang kaitan dengan pihak pengurusan GAB.

Berhubung dengan isu ini, Ning Baizura difahamkan telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out pada September akan datang. Pada masa yang sama, pengurus Ning turut memaklumkan bahawa, pihaknya memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet baru-baru ini.

Di samping itu, menurut kenyataan Mizz Nina pula menerusi laporan pihak media Murai.com, dia akui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan olehnya mendapat penajaan dari syarikat minum keras, namun begitu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak.

“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.” Ujar Mizz Nina.

Menurut Mizz Nina lagi, dirinya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Menerusi persembahan sebelum ini, Mizz Nina turut meminta pihak penganjur supaya tidak menghidangkan minuman keras sewaktu dia mengadakan persembahan.

Pada masa yang sama, Mizz Nina turut menegaskan bahawa dia hanya hadir ke acara tersebut sekadar untuk persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama minuman keras. Penyanyi ini turut melahirkan rasa kesalnya dengan kebangkitan isu ini kepada umum.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.

SKIP THIS AD ×