Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta orang ramai supaya menghormati privasi mengenai dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Wajah Mirip Tengku Hassanal, Remaja 15 Tahun Raih Populariti – ‘Ni Mesti Maknya Terkenan Masa Mengandung’
Artikel Berkaitan: Sempena Ulang Tahun Keputeraan, Wanita Teruja Dapat Hadiahkan Al-Quran & Tasbih Pada Tengku Hassanal
‘Jangan kacau saya’
Menerusi perkongsian di Instagram, Tengku Hassanal berkata bahawa soal perkahwinan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.
Bagaimanapun baginda meluahkan rasa syukur dan menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadinya.
Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya.
Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati. Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal berkata baginda kini komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara selain menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Bagaimanapun, dalam perkongsian di Instagram Story (IG Story), Tengku Hassanal menafikan bahawa baginda bakal berkahwin dalam masa terdekat ini
No Wedding, takde (tak ada) kahwin” dan “Jangan kacau saya.
Sumber: Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah