Di Instagram, penyanyi Datuk Aishah memberitahu kepada umum bahawa Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.
Artikel Berkaitan: Permohonan Masuk Universiti Tak Berjaya, Nora Restu Anak Jadi Penyanyi
Artikel Berkaitan: ‘Maaf Tak Dapat Cium Dahi Alif Lagi’ – Ucapan Sayu Nora Buat Arwah Anak
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Seorang Perempuan Pun Yang Mahu Kematian Suami’- Nora
Mohon doa
Menurut Aishah, berita itu dikongsi sendiri oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli. Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua.
Berikutan daripada itu, pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini turut meluahkan rasa terkejut tatkala menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, diberikan kesembuhan yang segera.
Allahuakbar adikku Nora. Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan.
Sumber: Aishah