Pelakon, Nora Danish dan Fasha Sandha menyatakan hubungan mereka dalam keadaan baik dan akui sudah melupakan sengketa lama.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tak Kisah Adegan Atas Ranjang Tular – ‘Setiap Naskhah Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan’
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Rayqal Nampak Macam Adik Dengan Kakak
Lupakan sengketa
Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, dia tidak mahu lagi mengenang peristiwa hitam antara mereka dan menjadikan insiden itu sebagai pengalaman hidup.
Allah sebaik-baik perancang, kami memang jarang bertemu. Dengan produk Inayah Beauty ini kami dapat berjumpa, ada hikmah di sebaliknya.
Kami mahu lupakan semua sengketa yang dahulu, tidak penting pun untuk diingatkan lagi. Anak kami adik beradik-beradik.
Kami sudah lama berbaik. Perselisihan faham yang berlaku itu ketika kami masih muda. Masih mentah belum matang.
Kalau kejadian itu tidak berlaku macam mana kami akan berbaik sebegini. Pengalaman memang satu perkara yang penting untuk menjadikan kita lebih baik.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Nora Danish dan Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Dalam acara sama Nora dan Elisya turut diumumkan sebagai duta makanan tambahan iaitu Gattox keluaran Inayah Beauty. Turut hadir pada acara tersebut ialah Fasha Sandha.
Dalam pada itu, Nora berkata dia mengambil masa untuk melupakan perselisihan faham yang terjadi dengan Fasha, namun percaya setiap dugaan Allah ada hikmah-Nya.
Bagi saya masing-masing ada silap dan khilaf. Dulu kami terlalu mentah hanya fikir tentang perkara yang negatif sahaja.
Dugaan yang Allah bagi itu perlu reda dengan segala yang terjadi. Alhamdulillah, saya sendiri mengambil masa, namun inilah yang terbaik.
Sementara itu, menurut Fasha perasaan untuk berbaik dengan Nora timbul secara semula jadi dalam hatinya tanpa didorong oleh mana-mana pihak.
Kami memang jarang jumpa, mungkin berjumpa setahun sekali. Sebab masing-masing sangat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Namun dengan pengalaman sebelum ini banyak mengajar kami dan akhirnya berjumpa dengan lelaki yang tepat (suami sekarang). Kami jumpa ‘soulmate’ sebenar.
Hubungan itu menjadi baik secara semula jadi. Tidak disuruh oleh orang lain ataupun dirancang.
Saya pernah timbul rasa takut jika Nora masih ada simpan perasaan marah dengan saya lagi.
Selain itu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan berkata tiada sebab untuk mereka terus bermasam muka, memandangkan mempunyai anak daripada suami yang sama.
Malah, ada satu masa saya lihat Nora masih ikut saya di Instagram, pada saya kenapa saya perlu rasa ‘bitter’ pula kan. Hati Nora sangat baik.
Anak Nora adalah abang kepada anak-anak saya. Walaupun kami bukan kawan baik tetapi kami adalah sebuah keluarga.