berita

Nora Danish Muncul Dalam Video Pengganas Mahu Letup Mahkamah

February 16th, 2015 | by Wan
Kini Trending

isis

Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Malaysia mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ini.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah kemunculan foto Nora Danish sepanjang seminit durasi video tersebut. Apa kaitan Nora Danish dengan pengganas?

Nak Bakar Mercun Depan Mahkamah?

https://www.youtube.com/watch?v=NgZQcd8aCkk

Kumpulan yang menggunakan ID – Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video dimuat naik melalui YouTube, semalam.

Dengan berlatarkan bendera Malaysia, empat individu lelaki tampil memakai baju hitam dan menutup muka dengan topeng hitam

Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda.

Namun yang menjadi persoalan sekarang kenapa muka Nora Danish yang dipaparkan? Apa kaitan Nora Danish dengan sistem demokrasi negara? Siapa Nora Danish sebenarnya?

Mungkin si pengganas ini hanya membaca tulisan di sebalik foto Nora Danish tersebut. Tapi kenapa Nora Danish?

Nora Danish Buat Laporan Polis

Terbaru, Nora Danish bakal membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan sepanjang klip video pengganas tersebut.

Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi.

Kredit Berita : Berita Harian

SKIP THIS AD ×