Selama dua tahun berturut-turut pelakon Nora Danish berjaya khatam Al-Quran sepanjang bulan puasa. Bagi Nora, itu adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.
Artikel Berkaitan: Air Mata Nora Danish Di Bulan Ramadan…
Baru pindah rumah baru
Namun, kata Nora, 40, dia tidak berkesempatan untuk melakukan perkara sama pada tahun ini. Pemilik nama Nora Diana Mohd Danish Hanif menyatakan dia baru berpindah ke kediaman baharu jadi kehidupan dia agak sibuk.
Sebenarnya aktiviti Ramadan tahun ini agak kucar-kacir sedikit dan sebab itu saya jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi dalam media sosial.
Saya juga baru pindah ke kediaman baharu dan memang tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi agak terkilan juga tak dapat khatam al-Quran tahun ini.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berniat untuk banyak menghabiskan masa dengan beribadah pada Ramadan akan datang.
Apapun saya berdoa agar dapat lebih aktif untuk melakukan ibadah termasuk menghabiskan bacaan al-Quran pada Ramadan akan datang.
Nora berkata demikian pada sidang media Puteri Reunion secara atas talian, baru-baru ini.
Pada hari raya pertama, Nora dan barisan pelakon sitkom Puteri Reunion iaitu Nina Fazurina, Kenchana Dewi, Intan Ladyana dan Beego bakal kembali di saluran TV3.
Tiada persiapan besar-besaran
Ditanya tentang persiapan raya, isteri kepada Nedim Sujak Nazri Aziz atau Bossned ini sangat ternantikan momen untuk meraikan hari kemenangan selepas dua tahun terpaksa ‘berkurung’ disebabkan pandemik Covid-19.
Tahun ini ramai yang akan beraya sakan memandangkan sudah dua tahun tidak berpeluang berkumpul bersama keluarga.
Bagi saya pula, tiada persiapan besar-besaran, semuanya sederhana sahaja tetapi asalkan dapat bersaya bersama keluarga tercinta sudah cukup memadai.
Ambil dan gunalah waktu berharga tersebut sebaik-baiknya untuk bersama orang tersayang.
Sumber: Instagram @noradanish