Pelakon Norish Karman menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bibir dan hidung agar sentiasa kelihatan cantik serta muda.
Artikel Berkaitan: Norish Karman Mohon Maaf Isu Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy
Artikel Berkaitan: Norish Karman Rugi Besar Disamun
Genetik ibu bapa
Menurut Norish, bentuk bibir dan hidungnya adalah semula jadi yang merupakan genetik daripada arwah ibu bapanya.
Malah, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 49, berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk melakukan pembedahan.
Saya tidak melakukan pembedahan pada bibir, itu hasil dari arwah ayahanda saya, Ustaz Karma mempunyai bibir yang tebal.
Saya tiada duit yang banyak untuk lakukan pembedahan pada wajah, hidung yang mancung itu hasil dari arwah mak saya berketurunan Arab iaitu Sherifah Salmah Aljunied.
Lebih baik guna duit untuk infaq pada insan-insan yang memerlukan atau belanja pada anak-anak sendiri dan sahabat.
Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu berkata dia seorang yang takut kepada alatan tajam dan mengakui tidak tahan sakit sekiranya melakukan pembedahan pada wajah.
Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.
Justeru, Norish berkata dia tidak mengambil pusing terhadap tomahan yang dilemparkan, sebaliknya hadapi dengan senyuman.
Macam-macam tuduhan saya redah dalam kehidupan ini. Berbagai fitnah saya hadapi dengan senyuman. Segala macam pancaroba lalui dengan kesabaran tiada noktah.
Sumber: Instagram