Pelakon Norman Hakim menitipkan ucapan ulang tahun ke-19 buat anak perempuannya, Marissa Dania.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jaga Diri Baik-Baik, Sedih Tengok Kurus Sangat Anak Mama’ – Abby Abadi
Artikel berkaitan: [VIDEO] Misya Mazlan Dedah Hanya ‘Contact’ Aslam Bila Perlu – ‘Lelaki Ini Cepat Rimas’
Bersalin dalam kereta
Menerusi hantaran di Instagram, Norman mengenang kembali momen Marissa dilahirkan di dalam kereta sebelum tiba di klinik.
19 tahun lepas, Papa takkan lupa momen Papa sambut kelahiran Adik (Marissa) dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.
Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar dari mulut Mama bila Adik dah keluar sepenuhnya. Adik nangis sekejap je lepas itu diam. Mata terkebil-kebil pandang Papa pandang Mama. Mama cakap ‘hidung Norman Hakim laaa…’. Nampak je muka Adik, terus lenyap panik Papa. Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan adik.
Dalam pada itu, Norman menyatakan rasa sayangnya terhadap anak keduanya itu masih sama sejak dari lahir sehingga sekarang.
Malah, dia turut menganggap suami dan madu kepada Marissa iaitu Aslam dan Umisya Mazlan sebagai keluarga serta mendoakan semoga ujian rumah tangga dipermudahkan.
Sanah Helwah, Selamat Ulangtahun kelahiran my baby girl, Marissa Dania. Sayang Papa pada Adik dari sambut sendiri kelahiran Adik sampai ke saat ini tak pernah berubah. Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik dekat kehidupan akhirat yang hakiki Insya-Allah.
Papa saya Adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak Papa juga. Ujian hidup kita berbeza. Doa Papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti. Percaya dan yakin waktu itu akan tiba.
Sumber: Instagram