berita

[NOTIS] Budak-Budak Jangan Masuk, Bising Aku Nak Solat Terawih! – Halang Atau Nasihat?

June 23rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

jgn

Diam tak diam sudah hampir seminggu umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. ‘Kemeriahan’ Ramadan pastinya tidak lengkap sekiranya tidak mengerjakan solat terawih kan? Jap, korang berapa kali dah pergi terawih?

Bercakap mengenai solat terawih, kami cukup tertarik dengan perkongsian lelaki ini yang menempelak golongan dewasa menghalang kanak-kanak untuk turut sama mengerjakan solat dengan alasan bising.

Patut ke? Halang atau nasihat?

Nasihat lah, bukan halang…

lari

Menurut lelaki yang bernama Sazrul Faez ini, kanak-kanak tidak sepatutnya tidak dihalang daripada datang dan mengerjakan solat terawih bersama ibu-bapa mahupun orang dewasa.

Pendekatan terbaik yang boleh diambil ialah dengan cara menasihat, bukan menghalang.

Screen Shot 2015-06-23 at 12.04.06 PM

Dah selalu pergi masjid mesti akan timbul rasa cinta

ultraman

Malah perkongsian lelaki ini tentang kisah bagaimana Nabi Muhammad melayan kanak-kanak tatkala melihat mereka berlari-lari di masjid wajar dijadikan contoh.

Screen Shot 2015-06-23 at 12.04.22 PM

Rasanya ibu bapa pun kena mainkan peranan dan pantau apa yang anak-anak buat ketika di masjid. Bukan main lepas tangan je kan? Sekurang-kurangnya nasihat.

Sumber : Facebook Sazrul Faez

SKIP THIS AD ×