berita

Nurliyana Dah Tiada…

April 21st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, Nurliyana penghidap penyakit Teroid ini telah lama menderita akibat terdapat satu kelenjar di bahagian depan leher. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apabila dia telah bertarung penyakit ini sejak 2016 lagi.

Terbaru, Nurliyana Abdul Raziff berusia 32 tahun dilaporkan telah menghembus nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Telah kembali kepada Pencipta

Pemergian Nurliyana telah mendapat liputan ahli keluarga yang turut berkongsi khabar ini kepada umum. Sudah tentu rakyat Malaysia ingin mengikuti perkembangan pesakit teroid ini. Namun, arwah telah menghembus nafas terakhir di hadapan ahli keluarga di Hospitak Kuala Lumpur.

Tekanan darah menurun

Menurut Metro, difahamkan tekanan darah Nurliyana menurun sebelum menghembus nafas terakhir. Dia telah dimasukkanke hospital bagi menjalani pembedahan membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernya.

Selepas pembedahan buat kali pertama, dia terpaksa dibedah sekali lagi bagi membuat saluran pernafasan. Ini kerana dia mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badan tinggi.

Kami masih menunggu proses bagi menuntut jenazah bagi urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai mayat akan di bawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor.

Al-fatihah dan salam takziah buat Nurliyana dan ahli keluarga. Semoga suami kepada Nurliyana, Taufiq bersabar atas pemergian isteri tercinta.

Credit: Metro

SKIP THIS AD ×