berita

MLM2014 : Ogy Punca Persembahan Jalor Merapu

January 5th, 2015 | by Wan
Kini Trending

tokk

Minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung pada malam jumaat lalu kembali dengan tema ‘artis jemputan’. Rata-rata kumpulan bertanding berjaya memikat hati para juri hasil persembahan yang cukup menghiburkan bersama dengan artis jemputan yang dipilih.

Namun apa yang lebih menarik perhatian penonton ialah kehadiran Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai Ogy yang dikatakan terlalu over sehingga menjejaskan persembahan kumpulan Jalor. Betul ke tidak?

Dah Kena Sindir Pun Main Langgar Je

ogyyy

Ogy yang membawakan watak dari filem lakonannya, Azura dilihat gagal memberikan mutu persembahan yang diharapkan kerana lebih menonjol berbanding peserta utama. Menonjol yang dimaksudkan bukan sebab persembahan Ogy lebih bagus daripada Jalor tetapi macam dia pula yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega.

Kalau korang perasan semasa membuat persembahan, Rahim dan Joey sempat beberapa kali memberikan teguran dan peringatan kepada Ogy agar fokus kepada karakter yang ingin dilakonkan iaitu Azura, bukannya menjadi diri sendiri. Tapi malangnya Ogy macam endah tak endah je dengan teguran tersebut.

Jalor Salah Pilih Artis Undangan

datok

Datuk Jalaluddin Hassan ketika memberikan komennya mengatakan persembahan Jalor agak bercelaru namun pujian demi pujian diberikan kepada Ogy, ambil hati mungkin? Hasilnya kumpulan Jalor hanya berjaya mendapat 3 bintang pada minggu ini.

Peminat yang menyaksikan Maharaja Lawak Mega turut menyuarakan pendapat yang sama dan beranggapan kumpulan Jalor tersalah memilih artis undangan.

salahsalah2

Zero & Shiro Ungguli Kedudukan Undian

undi

Disebalik persembahan hambar yang ditampilkan oleh kumpulan Jalor, beberapa kumpulan lain seperti Zero dan Shiro berjaya menambat hati juri dan terus bersaing untuk merebut kedudukan teratas kedudukan undian.

Kumpulan Virus yang disebut-sebut sebagai kumpulan yang bakal menonjol pada Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini tersenarai di kedudukan tiga kumpulan terbawah namun nasib masih menyebelahi mereka kerana tiada penyingkiran.

SKIP THIS AD ×