Mengakui pernah mendapat gelaran ‘kereta terpakai’ selepas bergelar ibu tunggal, aktres Fatin Afeefa tampil memberi nasihat kepada golongan yang senasib dengannya agar tidak menghiraukan sebarang tohmahan negatif.
Artikel Berkaitan: Netizen Ejek Leher Berkerak, Fatin Afeefa Menangis Masa ‘Live’
Artikel Berkaitan: Terima Foto ‘Siput Sedut’ Daripada Lelaki Miang Di IG, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis
‘Tak hina pun status janda’
Foto: Instagram Fatin Afeefa
Memetik laporan Kosmo!, aktres tersebut dalam satu siaran langsung di akaun TikTok miliknya berkata, dia telah menerima pelbagai gelaran berbaur negatif sejak bercerai.
Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.
Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya.
Tambah pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu, pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal selalunya dilemparkan kaum lelaki.
Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.
Ada sesetengah wanita anggap lebih mula kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada jadi janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak.
Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut.
‘Mulut orang tak boleh tutup’
Foto: Instagram Fatin Afeefa
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan itu juga mengakui tidak mudah untuk menutup mulut orang yang mengata tentang wanita berstatus janda.
Mulut orang tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa orang takkan berhenti bercakap.
Jadi, buatlah apa yang buat anda gembira.
Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz, pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia, kemudian disahkan bercerai pada 2017.
Sumber: Kosmo!