Rumahtangga pelawak Tauke Jambu musnah apabila isterinya, Nadia Affandi mendakwa diceraikan, tempoh hari. Nadia diceraikan menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika berada di kampung.
Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Kali Pertama’ – Sah Bercerai Menerusi Whatsapp, Nadia Dakwa Ada Orang Ketiga
Bagaimanapun, Tauke Jambu menerusi akaun Instagram rasminya memuatnaik status seolah memberi bayangan memohon maaf terhadap perkara itu.
Tidurlah dengan hati yang tenang
Ini merupakan status pertama dimuatnaik Tauke Jambu sejurus kecoh berita penceraian dia dan isteri di media sosial. Bagaimanapun, Tauke memohon maaf atas tindakannya itu dan berharap permohonan maafnya itu dimaafkan.
Betul ke isteri boleh menjaja maruah?
Bagaimanapun, status Tauke jambu ini teruk dihentam netizen yang kurang senang dengan tindakan pelawak ini. Dia juga menerusi ruangan komen status yang sama meluahkan rasa kesal dan seolah memberi hint punca penceraian yang dilafazkannya itu.
Tauke juga memohon agar netizen menghentikan sebarang cacian terhadap dirinya dan memaafkan keterlanjurannya itu.
Sumber: Tauke Jambu