Sikap acuh tak acuh seorang lelaki dipercayai menjadi punca utama seorang wanita bertindak membatalkan perkahwinan mereka walaupun majlis tersebut bakal berlangsung dua minggu lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 2 Minggu Menuju Hari Bahagia, Gadis Akur Tak Jadi Nikah Walaupun Persiapan Semua Dah ‘Ready’
Artikel Berkaitan: Persiapan Majlis Kahwin 100% Dah Siap, Gadis Akur Kena ‘Cancel’ – ‘Sedekah Barang Goodies Untuk Orang Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
‘Lagi dua minggu majlis baru nak cari duit ya’
Menerusi video pendek dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Anna Shaa di laman TikTok, menceritakan sikap bakal suaminya yang sambil lewa menyediakan wang hantaran sehingga memaksa dia membatalkan majlis tersebut yang dijadual berlangsung pada 25 Jun ini.
Nak kahwin prepare awal-awal tidak. Lagi dua minggu majlis baru nak cari duit ya.
Dakwa wanita ini lagi, bakal suaminya seolah-olah tidak ‘mampu’ menanggung segala perbelanjaan dan menerusi beberapa mesej yang dikongsi dia menjelaskan pihak lelaki menjadi punca mengapa dia berbuat demikian.
Lagi dua minggu majlis duit tak sampai dekat tangan. Berbual lebih nak kahwin percuma mungkin.
Kalau tak mampu jangan berbual macam orang ada-ada. Belajar jadi diri sendiri dan terima kenyataan hidup sebenar.
Beras beli pakai duit, bukan pakai jari. Ikutkan hati nak jer saman nasib tak edar kad perkahwinan lagi.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut ditonton hampir 60k tontonan dan meraih pelbagai respon daripada warganet yang turut mendoakan supaya dia terus cekal dengan apa yang terjadi.
Video penuh:
@annashaa_93Lg 2 weeks mjlis duit x smpai dkt tangan ,brbual lebih nk kawen FREE mgkin ? klau x mampu jgn brbual mcm org ade2,blaja jd dri sndri & trme knyataan life sbnar… beras beli pkai duit bkn pkai ??,ikutkan hati nk jer saman nseb baik x edar wedding invitation lg ?? only love can hurt like this – favsoundds
Respon netizen
Sumber: Anna Shaa