Keterujaan pasangan bakal pengantin untuk diraikan dalam satu majlis yang meriah tidak kesampaian apabila ibu tersayang disahkan positif Covid-19. Walaupun pelbagai persiapan sudah dibuat namun demi keselamatan keluarga dan pengunjung, tuan rumah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Segala persiapan dah siap
Dikenalis sebagai Faiz, jejaka tersebut menceritakan kisah tersebut menerusi satu video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya. Majlis perkahwinan ahli keluarganya yang dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 Januari lepas (Sabtu & Ahad) bagaimanapun terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.
Ada hikmah di sebalik kejadian. Allah sebaik-sebaik perancang. Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. 100% siap untuk wedding.
Ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian kerana ibu saya disahkan positif Covid sebentar tadi. Saya ingin memohon maaf kepada semua. Doakan ibu saya kembali sembuh.
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan persiapan sebelum majlis akad nikah dan bersanding berjalan dengan lancar seperti mana yang diinginkan.
Kami start busy inform banyak pihak terutamanya katering, khemah, pelamin, MUA, jemputan. Alhamdulillah semua negatif, mak positif.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan kata-kata semangat kepada pemilik video ini dan mendoakan semoga urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Video penuh:
@faizz_aa ade hikmah disebalik kejadian . Allah sebaik baik perancang. semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga ? #covid19 #fyp ? original sound – Faizz Awalludin
Semoga terus kuat!
Sumber: Faiz