Pengikut laman sosial pasangan selebriti tanah air Johan dan Ozlynn tidak jemu melihat telatah dan kebahagiaan rumah tangga mereka. Jika sebelum ini Ozlynn meluahkan rasa bersyukur dikurniakan suami seperti Johan kerana mempunyai ciri-ciri suami yang penyayang.
Terbaru, menerusi Instagram mereka, Ozlynn menceritakan detik telefon bimbit milik Johan yang tercicir semasa pergi ke kerja. Dia turut meluahkan rasa syukur kerana telefon bimbitnya dijumpai oleh seorang warga Indonesia yang baik hati memegang sementara telefon itu sebelum mengambil kembali.
Ni muka kesayangan
Assalammualaikum! Ni muka kesayangan. Yang buat aku bertarung nyawa nak keluarkan memasing. Perangai memang beza, walaupun keluar dari lorong yang sama. Setiap pagi aku bangun pukul 5 a.m. untuk siapkan breakfast, snack box, lunch box. Diorang aku start kejut 5.20 untuk abang Ariq, 5.30 untuk Chantiq, Haziq dan Sodiq. Aku tidur pukul berapa? Selalu soalan nih orang tanya. Aku tidur pukul 4.30 am sekali pun. Tetap akan bangun 5 a.m. Walaupun lepas tu calltime aku 8 a.m. untuk pergi kerja. Pepandai la aku curi masa untuk lelap.
Tiba-tiba Ray call
Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal aku anak beranak. Aku nak cerita pasal kejadian suami aku pagi tadi. Bekal nasi yang aku bagi dia buh dalam beg. Handphone lak dia buh atas bekal nasi. Tetibe pepagi @raydapdap call. Takut nak jawab. Pehal Ray yang call sebab suami aku bawa phone. Hati memang tak best. Tapi terdetik jugak kena jawab. Sekali suara suami aku. Dia cakap phone cicir masa bawak motor. Taraaaaa, isteri solehah terus bebel macam kena tembak dengan AK47. Letak phone, call no dia terus. Dua kali tak jawab kali ke 3, perempuan Indonesia jawab. Telefon kamu ada dengan saya. Saya kerja kantin di sekolah ***** datang ambil sini boleh. Alhamdulillah. Rezeki suami aku. Telephone anak pecah sebab jatuh atas jalan. Aku jumpa sendiri masa round naik motor dengan adik aku. Telephone suami aku terpelanting kat tepi tempat jalan kaki. So selamat la phone dia.
Rezeki jumpa orang yang baik
Memang rezeki. Rezeki jumpa orang yang baik. Dalam hati aku terdetik. Sebab aku jaga dorthy bawa dia pegi klinik ke aritu? Jadi ni balasan yang Allah hadiahkan pada kami. Macam nak nangis. Benar, rezeki Allah itu luas. Hilang phone sebenarnya tidak jadi hal. Boleh beli lain. Tapi jumpa orang yang baik jugak satu rezeki. Apa yang buat aku sedih sebab gambar dan moment yang terakam dalam phone tu. Tak dapat dibeli. Syukur Ya Allah. Untuk kakak Indonesia tu. Mekasih ya. Gunakanlah rezeki yang kamu dapat itu sebaik mungkin. Sebab kamu orang yang jujur. Berhak dapat yang terbaik.
Sumber: Jozlynn