berita

‘PA Pergi Mana? Kenapa Bukan PA Tolong Angkat Barang?’ – Eyra Hazali

March 15th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

EYRA HAZALI

Kenyataan yang dikeluarkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita kejadian.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sayangkan Persahabatan, Harap Bella & Aliff Tidak Akan Berpisah’ – Ruhainies

Artikel Berkaitan: ‘Aliff Aziz & Ruhainies Duduk Dalam Kereta Bersama, Guna Panggilan Baby’

Mana PA?

Penjelasan yang dibuat di Instagram (IG) juga menarik perhatian pelakon, Eyra Hazali untuk bersuara.

Menerusi ciapan di X, Eyra mempersoalkan di mana keberadaan pembantu peribadi (personal assistant) Ruhainies yang dikatakan konvoi bersama dari lokasi penggambaran ke Kuala Lumpur.

Eyra, 25, juga bertanya adakah Aliff turut berasa takut untuk membuka pintu ketika diserbu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada Sabtu.

Jadi PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy (Aliff) pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?

Tak ajak Bella?

tak ajak bella

Bukan itu saja, pemilik nama Hazirah Qasdina Hazali turut mempertikaikan kenapa isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah tidak diundang untuk makan malam bersama memandangkan merupakan kawan baik kepada Ruhainies.

Tak ajak isteri (Bella) atau yang dipanggil kawan baik sekali ke makan-makan? Mana minta maaf pada isteri (Bella)? Kesimpulannya,kena ada batas walaupun dah 10 tahun kawan.

Pada lewat malam Khamis, Aliff menyatakan dia memang mengenali dan berkawan dengan kakak Ruhainies iaitu Risteena yang juga pelakon dan kebetulan sudah lama tidak berjumpa.

Justeru, dia menerima ajakan untuk makan malam bersama. Dalam masa sama, Aliff membantu untuk membawa barang penggambaran ke atas (rumah) sementara menunggu Risteena yang masih dalam perjalanan ke kondominium itu.

@ohbulanofficial Replying to @Shahrafi TERKINI: Aliff Aziz juga memberi kenyataan berhubung isu tangkap khalwat bersama Ruhainies #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #jelas #kenyataan #isu #tangkap #khalwat #ruhainies ? Sayang Sayang (Speed-Up) – Aliff Aziz

Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu. Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×