berita

‘Padan Muka Semua!’ – Gara-Gara Viral Foto Terlampau Ramai, Bukit Broga Diarah Tutup

June 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini viral di media sosial gambar yang memaparkan situasi sesak akibat pengunjung yang terlampau ramai ingin mendaki Bukit Broga. Foto berkenaan telah mengundang kecaman netizen kerana ianya berpotensi untuk berlaku penularan wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, menerusi laporan Harian Metro, Bukit Broga telah diarahkan untuk tutup selama dua minggu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Diarahkan tutup selama 2 minggu

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.

Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah, keputusan ini dibuat selepas pihaknya bermesyuarat bersama Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Selangor. Tambahnya lagi, agensi yang berkaitan perlu melakukan pemantauan terhadapt pematuhan SOP di semua pusat rekreasi agar tiada sebarang risiko penularan jangkitan.

Perlu letak pegawai untuk memantau

Sebelum ini, Bukit Broga yang berada dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tidak menempatkan pegawai secara rasmi di kawasan berkenaan bagi memantau SOP yang ditetapkan. Hanya pengendali parkir dan pemilik tanah sahaja yang melakukan kawalan laluan masuk. Oleh sebab itu, jumlah pengunjung dikatakan terlampau ramai sehingga berlakunya kesesakan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×