Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan nasib seorang kanak-kanak tujuh tahun apabila dia menemui ajal selepas terjatuh ketika mahu mencuci kaki di tebing Sungai Terengganu dekat Pulau Duyong, Terengganu, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, terdahulu mangsa, Mohammad Aiman Alfian Abdullah dipercayai sedang bermain bola di kawasan berpasir berhampiran sungai berkenaan bersama rakannya kira-kira jam 6:30 petang. Read More