Nampaknya ini bukan kali pertama penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Angin Syurga,” Misha Omar diasak dengan soalan yang melibatkan perkahwinan.
Menurut penyanyi ini, secara jujurnya dia sendiri ingin mendirikan rumahtangga bersama tunang tersayang, Firos Ezzwan Rossly akan tetapi kesibukan kerja membuatkan mereka terpaksa menangguh dulu perkara penting itu.
“Sepatutnya saya akan berkahwin tahun ini, tapi oleh kerana sibuk dengan kerjaya dan jadual yang padat, saya terpaksa menangguh dulu perkara tersebut.
“Kalau boleh saya nak melangkah ke arah perkahwinan dengan suasana nyaman dan saya tak nak persiapan saya itu nanti diganggu dengan kesibukan kerja.
“Tapi tak mengapa, mungkin ada hikmah disebalik semua ini,” ujar Misha Omar sewaktu bertemu di sidang media konsert 3 Permata baru-baru ini.
Memandangkan ini sudah masuk kali kedua Misha menangguh perkahwinannya, jadi timbul persoalan dikalangan pihak media tidakkah peyanyi tersebut merasa risau sekiranya hubungan mereka retak angkara gangguan orang ketiga?
“Kedua-dua kita diuji begitu. Sudah tentu ada yang nakal. Tapi itu tak merisaukan saya sangat sebab kami faham situasi sekarang. Isyallah, kedua-dua kami sedang menjaga rukun dan harga diri dengan baik. Read More