Boleh dikatakan kes samun sekarang ini kerap terjadi. Jika sebelum ini geng penyamun ysuku yang terkenal dengan modus operandi meronda kawasan taman perumahan sebelum menyamun mangsa yang berada bersendirian di luar rumah.
Terbaru, menerusi Facebook Nurrul Mohd Noor kongsi satu kisah mendakwa taktik penyamun yang cuba untuk menyamun rumahnya. Kegiatan itu dihidunya apabila merasakan sesuatu yang pelik apabila paip air yang terletak di luar rumahnya tiba-tiba terbuka pada tengah-tengah malam.
Jangan keluar tutup paip tengah malam
Kejadian itu berlaku apabila dia menyedari paip di luar rumahnya itu tiba-tiba sahaja dibuka. Dia yang tidak sedap hati kemudiannya hanya membiarkan sahaja paip itu terbuka sehingga ke pagi sebelum keluar menutupnya. Disebabkan kawasan rumahnya yang gelap dan dikelilingi bendang padi, dia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika terus keluar menutup paip itu ditengah malam.
Paip terbuka hingga ke subuh
https://www.facebook.com/ninynarniaa93/videos/pcb.2914464475236971/2914458845237534/?type=3&theater
Air penuh melimpah
https://www.facebook.com/ninynarniaa93/videos/pcb.2914464475236971/2914461468570605/?type=3&theater
2 puntung rokok ditemui belakang rumah
Tambah lagi, bukti yang menguatkan firasatnya lagi ialah apabila dia menjumpai dua puntung rokok yang kelihatan masih baru di belakang rumahnya. Ini menandakan ada individu yang menunggunya keluar rumah untuk menutup paip yang sengaja dibuka itu.
Sumber: Nurrul Mohd Noor