Berhubung insiden video viral pelawak Lan Pet Pet didakwa memukul seorang pegawal keselamatan warga tua di perumahan di Nilai, Negeri Sembilan, tempoh hari. Susulan itu, pelawak berkenaan telah direman selama sehari dan mengaku bersalah sekali gus didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkhamah Majistret Seremban tadi.
Bagaimanapun, mangsa Yahya Manap mengakui terkejut dengan jumlah denda yang dikenakan dan tidak setimpal dengan kecederaan yang dialaminya itu.
Maruah pakcik yang tercemar
Menurut laporan Utusan Online, mangsa agak terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet memandangkan kecederaan yang dialaminya itu agak teruk.
Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal pukul ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?
Pakcik kena bedal sampai diberi MC
Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi.
Bagaimanapun, Yahya Manap kini dalam proses untuk melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan dia berhasrat mahu menyaman pelawak itu sebanyak RM3 juta.
Mangsa akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantu.
Sumber: Utusan Online