Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi menitiskan air mata ketika Zamani membuat penampilan sulungnya setelah berjaya menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit skoliosis pada awal November.
Artikel Berkaitan: Tutup Kutipan Dana Untuk Zamani, Pak Nil Ucap Terima Kasih Buat Semua – ‘Memang Luar Biasa’
Artikel Berkaitan: Pak Nil Mengalir Air Mata Terima Anugerah Khas MeleTOP Era (AME) 2021
‘Terima kasih Allah’
@datukaznilnawawi AllahuAkbar. Tkasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal @Zamani Ibrahim seperti dahulu. Menitis airmata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan ?
Menerusi video yang dimuat naik Pak Nil di Tiktoknya, Zamani kelihatan sedang berada di atas pentas untuk melakukan persembahan di pusat beli-belah. Persembahannya itu nyata mencetus hiba orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikalnya seperti dahulu.
Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan.
Video yang dikongsi Pak Nil itu kelihatan ramai peminat yang memberi sokongan kepada penyanyi 51 tahun itu ketika di atas pentas.
Sekadar info, pelantun suara ‘Kembali Terjalin’ iaitu Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, pada 7 November.
Sumber: Tiktok @datukaznilnawawi