berita

Pakai ‘Eyelash Extension’ Masa Raya, Wanita Trauma Mata Kena Jangkitan

May 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: purewow

Trend melakukan eyelash extension (sambungan bulu mata palsu) terutamanya bagi kaum wanita bukan satu perkara yang baharu. Namun, keterujaan seorang wanita untuk melakukan rawatan ini untuk kelihatan cantik di Hari Raya mungkin menjadi mimpi ngeri buat seumur hidup!

Artikel Berkaitan: Padah Buat ‘Drip Whitening’ Sebab Terlampau Taksub Nak Putih

Artikel Berkaitan: Bukan Swab Test Je, Servis Tindik Lidah Pun Boleh Buat Dalam Kereta Masa PKP Ini

Artikel Berkaitan: Punya ‘Kemaruk’ Nak Putih, Drip Vitamin C Dalam Kereta Pun Boleh!

Keterujaan bertukar tragedi…

Menerusi video pendek dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Raihanarusli di laman TikTok, menceritakan dia begitu teruja sebelum melakukan eyelash extension tanpa mengetahui kesan buruk yang bakal menimpanya. Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi dan dia terpaksa menanggung sakit pada bahagian mata ketika itu.

1st day raya – Mata dah start tak selesa tapi tak merah mata lagi.

2nd day raya – Mata dah start merah tapi tak sakit, ingatkan sebab tak cukup tidur almaklum raya terkejut kan.

3rd day raya – Mata dah start merah, berair, gatal, pedih, semua ada. Cari tempat yang boleh remove eyelash tapi jauh dekat Tampin. Nak tak nak terpaksa pergi juga.

Dakwa wanita ini lagi, selepas proses membuang eyelash extension, keadaan matanya ketika itu semakin berair dan berasa panas dari bahagian dalam mata.

Mata dah kena infection, terpaksa pergi klinik ambil ubat. 2 jam lepas on antibiotik, lagi sakit mata. Bangun pagi nak buka mata pun perit, rasa panas, melekit semua ada.

Peristiwa yang terjadi membuatkan wanita ini serik dan dia sama sekali tidak akan melakukan rawatan tersebut.

No more eyelash extension sampai kena infection. Mak, ayah, suami, adik-beradik semua bising sis berani ambil risiko melibatkan mata.

Video penuh:

@raihana_rusli1 Xnak buat lagi dah ? #fyp ? Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku – Isma Sane

Respon netizen

Sumber: Raihanarusli

SKIP THIS AD ×