berita

Pakai Gelang Kertas ‘Pink’, Warga Emas Dikecam Netizen, Rupa-Rupanya…

July 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Orang ramai bimbang akan isu kes peningkatan Covid-19 di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila viral menunjukkan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang sepatutnya kuarantin di rumah dengan memakai gelang KKM berwarna merah jambu dilihat keuar dari rumah.

Artikel Berkaitan : Rileks Je Makan Di Restoran Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini

Secara tiba-tiba seorang lelaki warga emas menjadi mangsa kecaman orang ramai selepas dilihat memakai gelang berwarna merah jambu. Ekoran dengan itu, menerusi Facebook Nisa Salleh menjelaskan gambar yang viral itu merupakan ayahnya dan gelang yang dipakai itu merupakan gelang kertas yang diberikan oleh Hospital Ampang untuk membuat temu janji dengan doktor.

Pihak hospital pakaikan gelang kertas

Terkejut pagi-pagi tadi dapat video dalam group family, abah kena viral pakai gelang pink. Itu gelang kertas merah jambu. Pagi tu abah pergi Hospital Ampang untuk set appointment dengan doktor untuk mak. Bila lepas scan temperature, tengok pakai mask ok semua hospital Ampang pakaikan gelang kertas tu. Tah macam mana kertas pink plak haritu hospital bagi.

Menurutnya, dia terkejut melihat rakaman video yang tular di group WhatsApp menunjukkan ayahnya sedang makan di sebuah kedai makan. Dia mengatakan bahawa gelang kertas yang dipakai oleh ayahnya merupakan gelang yang diberikan oleh pihak sebuah hospital sebagai SOP melawat hospital berkenaan. Ayahnya lupa untuk membuka semula gelang tersebut sebelum singgah untuk makan di kedai tersebut.

Buat laporan polis

Masa abah makan kat kedai lupa nak buka. Orang meja depan pun, nak famous ke apa senang-senang je rekod dan viral pula. Lain kali siasat lah dulu. Dahlah main rekod tanpa kebenaran, menviralkan lagi.

Kami nak saman orang yang merekod tu. Biar dikenakan tindakan dan pengajaran jangan nak sewenang-wenangnya rekod dan viral benda tak betul. Kasihan Abah kena tuduh macam ni tak patuh kuarantin dan sebagainya pula.

Tambahnya lagi, dia telah membuat laporan polis berhubung kes itu kerana insiden itu telah memberi nama buruk kepada keluarganya. Dia berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab merakam video tersebut bakal dikenakan tindakan kerana menyebar berita palsu.

Sumber: Nisa Salleh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×