Sekadar gambar hiasan
Di era globalisasi ini, pelbagai kemudahan yang disediakan dengan kecanggihan teknologi yang diusahakan untuk pengguna bagi memudahkan urusan seharian.
Walau bagaimanapun, hal teknologi ini tidaklah diketahui oleh semua kelompok manusia terutamanya orang yang sudah berusia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pak Cik Ada Rindu Siapa-Siapa Ka?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selamat Hari Pencen Pak Cik’ Buat Netizen Sebak – ‘Thank You Caprice!’
Kesian pakcik tu
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Twitter, personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya memuat naik satu kisah mengenai seorang pakcik yang memerlukan bantuan ketika di sebuah restoran makanan segera namun tidak dilayan.
Berdasarkan perkongsian cerita, pakcik itu perlahan-lahan ‘give up’ dan mengambil keputusan untuk pulang.
Baru terjadi depan mata saya. Saya faham mungkin staff tak cukup nak ambil order di kaunter tapi staff sepatutnya prihatin kalau orang tua yang nak order. Tak boleh la nak terus suruh dorang ke machine untuk order.
Kesian saya tengok pakcik tadi terkial-kial depan machine tu. Akhirnya, dia keluar je dari kedai itu. Pakcik tersebut nak makan, kenapa kena susahkan orang yang tak reti dengan machine.
Difahamkan, pakcik tersebut ada cuba untuk melihat pelanggan lain menggunakan mesin tersebut untuk membuat pesanan, namun, tetap tidak mengetahui cara untuk menggunakannya.
Tambah individu yang menghantar kisah tersebut, dirinya mengalami ‘gangguan kebimbangan sosial’ (Social Anxiety Disorder) yang menyebabkan dirinya tidak mampu untuk mendekati pakcik tersebut.
Sumber: Twitter @fedtriyahya