berita

Pakej Umrah Raudhah Serendah RM5k Sahaja Istimewa Bersama Da’i

September 6th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Umrah juga disebut sebagai ‘haji kecil iaitu persediaan sebelum mengerjakan haji.

Bagi melakukan ibadah umrah ini, faktor paling utama yang perlu diambil kira ialah kewangan. Ianya meliputi kos tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan di sana. Tak mustahil jika ada yang memilih untuk mengerjakan umrah secara ‘backpackers’ bagi menghadkan jumlah perbelanjaan kelak.

Namun bagi anda yang mahu mengerjakan umrah dengan harga yang berpatutan, boleh survey pakej umrah yang ditawarkan oleh Raudhah.

Umrah istimewa bersama Da’i

Apa yang menarik tentang pakej umrah daripada Raudhah ini ialah selain daripada harga yang berpatutan, anda akan diiringi dan dibimbing oleh Da’i sepanjang mengerjakan umrah kelak antaranya pakej bersama Da’i Hadhari, Da’i Fuad dan Da’i Hilman.

Selain itu, terdapat juga pakej umrah berdasarkan musim cuti sekolah dan tempoh tertentu yang anda boleh pilih. Memang berpatutan harganya serendah RM5100 sahaja. Menariknya menerusi aplikasi Raudhah ini, anda boleh membuat perbandingan secara terus seperti jadual perjalanan dan aktiviti lengkap sebelum memilih pakej yang sesuai dengan bajet anda.

Umrah bersama Da’i Fuad

Umrah bersama Da’i Hilman

Umrah Februari

Umrah Mac – Cuti sekolah

Umrah Syaaban

*Semua itinerary lengkap ada di website dan apps Raudhah*

Semuanya di aplikasi Raudhah

Tak susah pun nak guna aplikasi ini. Anda cuma perlu muat turun di Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna ios. Pelbagai informasi menarik berkaitan agama seperti waktu solat, bacaan Al-Quran, panduan haji, dan lokasi restoran makanan halal.

Penempahan pakej juga boleh dilakukan secara terus di laman web atau di aplikasi ini dengan mudah. Anda hanya perlu memilih pakej yang anda inginkan sebelum mengisi butiran peribadi untuk langkah seterusnya.

Memang sangat mudah ada bantuan aplikasi ini terutamanya ketika pergi melancong.

Dapatkan aplikasi Raudhah supaya anda tidak terlepas dengan promosi-promosi menarik terutamanya dalam pakej umrah yang ditawarkan. Anda boleh layari raudhahku.com.my dan muat turun aplikasi Raudhah untuk maklumat yang lebih lanjut. Selamat menunaikan umrah!

SKIP THIS AD ×