berita

[PANAS] Isteri Buat Laporan Polis Selepas Dakwa Dipukul & Ditendang Rahim?

August 15th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-08-15 at 11.48.54 AM

Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham.

Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepada dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Betul ke?

Laporan polis telah dibuat

Screen Shot 2015-08-15 at 11.52.34 AM

Isteri Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam.

Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan.

Rahim nafi pukul isteri

Screen Shot 2015-08-15 at 11.51.35 AM

Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul.

Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).

Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai.

UPDATE

report

Menerusi laman Instagram milik isteri Rahim, Kolin Abdullah, dirinya mengatakan laporan polis yang disebarkan di beberapa laman media sebagai ‘fake’.

Pada masa sama, dirinya menafikan ada berlaku pergaduhan seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro. Baguslah kalau tak ada, apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Rahim dan isteri.

 

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×