Berita mengenai Tegar yang menjadi mangsa penderaan seksual oleh pengurusnya telah menimbulkan rasa marah di kalangan orang ramai. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib penyanyi cilik itu.
Seperti yang diberitahu sebelum ini, antara bentuk gangguan yang diterima Tegar ialah dipaksa tidur dengan hanya memakan seluar dalam, mahu mandi bersama dan tidur berdekatan secara intimasi.
Artikel Berkaitan:
Bagaimanapun, wakil dari label Harpa Record, Donald Dewa Kusumo pula tampil mendedahkan kronologi kemelut antara Tegar dan pengurusnya yang bernama Muhammad Arif Dollah itu.
2 Bulan Panik Tak Dengar Khabar Tegar
T pergi ke Malaysia akhir Oktober atau awal November gitu, label mengetahui itu. Tapi, Arif selalu bilang extend (di Malaysia) padahal show sudah selesai. Pertengahan November WhatsApp saya nggak dibalas (Arif). Cari di Twitter, Twitter saya diblock. Orang tua T telepon ke Pak Handoko (owner Harpa Record) menanyakan anaknya ke mana, itu membuat kita panik.
Hampir Buat Laporan Polis
Atas inisiatif sendiri, Pak Handoko akhirnya terbang ke Malaysia. Coba hubungin Arif nggak bisa, akhirnya di Malaysia kita sebar isu kalau Arif nggak balas kontak akan dilaporkan ke polisi. Keesokan harinya Arif baru bisa dihubungi.
23 Januari – Baru Dapat Pulang
Pada tanggal 23 Januari akhirnya T pulang ke Indonesia dan dijemput Bapaknya dan tim dari label di bandara. Kebetulan hari itu ia juga harus menghadiri sebuah acara penghargaan di salah satu stasiun televisi. Malamnya, T langsung pulang ke kampung halamannya, Subang dan di sana T menceritakan kejadian yang dialaminya di Malaysia. – Kapan Lagi
Difahamkan, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia akan membantu Tegar membuat laporan polis di negara itu.
Dalam pada itu, pengurus Tegar juga telah tampil memberikan kenyataan berkenaan isu dan menafikan berlakunya gangguan seksual terhadap penyanyi itu.
Tegar Tidak Pakai Seluar Dalam – Arif
Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.
Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.
Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?
Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.
Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja.
Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut.
Sorok Barang Berharga Tegar Bersebab
Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma ‘disorok’ di rumah itu.
Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri. Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang. – Harian Metro
Dalam laporan yang sama, Arif turut memberitahu yang dia akan melantik peguam berhubung perkara ini.