berita

‘Pandai Eh, Dia Main ‘Salam Kaut’ Lepas Tu Lari’ – Norman Hakim Sebak Anak Perempuan Hulur ‘Duit Poket’

February 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Jika sebelum ini, pelakon, Norman Hakim berkongsi sebuah video di mana anaknya iaitu Danish Hakim, telah memberi sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri iaitu Abby Abadi.

Artikel berkaitan: Norman Hakim, Abby Abadi Terharu Anak Buat Kejutan Beri Wang Hasil Kerja

Artikel berkaitan: Norman Hakim Kongsi Video Jumpa Mak Selepas 88 Hari PKP, Netizen Tumpang Sedih!

Terbaru, anak keduanya iaitu Marissa Dania, turut memberikan sejumlah wang ketika mereka sedang bersalaman di rumah.

Pendapatan atas talian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55. Nikmat, rezeki dan kasih sayangNya yang tak bersempadan. Allah terlalu baik. Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang @danishhakimofficial dia buat sebelum ni. Saya sebak bukan sebab dapat duit, tapi sebab nikmat, rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak-anak saya inshaaAllah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.

Ada yang tanya macam mana didik anak untuk bagi kita duit belanja.Benda ni mana ada istilah ‘didik’.Paling tepat ‘we lead by example’.Apa yang kita buat pada ayah mak kita, itulah yang anak-anak akan belajar dan buat pada kita semula. Alhamdulillah hikmah disebalik pkp. Saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat. Dia orang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sebab dia orang tau yang papa, mama, mummy, abah dia orang bukan asal dari orang senang.

Long story short,terima kasih banyak-banyak cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini.Pandai eh,dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga-pinga papa ingat duit apa la ni kat tangan.Baby @m_danishaajangan bagi pulak lepas ni sebab baby belum buat income sendiri lagi tahu cayang. Papa doakan anak-anak papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb.

Menurut Norman Hakim, dia bersyukur dan sebak kerana Allah telah memilih anak perempuannya pula untuk menghulurkan duit poket kepadanya semalam. Tambahnya, duit yang diberikan itu merupakan hasil titik peluh anaknya Marissa Dania selepas membuat pendapatan menerusi produk review. Sebagai bapa, Norman tersentuh apabila anak-anaknya mengetahui bahawa asal usul mereka bukanlah daripada keluarga yang senang.

Di akhir posting tersebut, Norman sempat bergurau dengan anak ketiga Danisha agar tidak memberi wang seperti abang dan kakaknya. Ini kerana, dia masih belum buat pendapatan sendiri lagi.

Anak soleh dan solehah

Rata-rata netizen terharu melihat posting yang dimuat naik Norman Hakim. Malah, mereka turut berdoa agar zuriat mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah seperti anak pelakon tersebut.

Sumber: Norman Hakim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×